Minggu, 09 Februari 2014

Kedah Bakal Gazet Fatwa Anti Syiah

0 komentar
Kedah Bakal Gazet Fatwa Anti-Syiah

ALOR SETAR –  Kerajaan negeri Kedah akan turut menggazet fatwa anti Syiah bagi membanteras fahaman itu yang didapati semakin menular di kalangan masyarakat, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Beliau berkata fatwa itu telah pun digazet di peringkat kebangsaan.
“Namun saya akan berbincang dengan Mufti terlebih dahulu sebelum melaksanakan fatwa ini di Kedah.
“Walaupun penularan fahaman Syiah di Kedah masih dalam keadaan terkawal, ia tidak bererti Kedah bebas daripada fahaman tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini Khamis.
“Kita terima aduan daripada ahli-ahli agama yang menyuarakan kebimbangan tentang penularan fahaman Syiah. Oleh itu kita akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk menggazetkan fatwanya di Kedah secepat mungkin,” tambah Mukhriz.
Beliau berkata akibat fahaman itu, turut timbul kesukaran untuk menguruskan hal berkaitan jenazah misalnya.
Sementara itu beliau berkata soal pemberian cuti umum di Kedah bagi sambutan Thaipusam masih dalam perbincangan.
“Kita masih mencari kaedah yang terbaik bagi mendapatkan cuti Thaipusam kepada kaum India dengan melihat kuota cuti am dan produktiviti pekerja.
“Setakat ini kuota cuti am di Kedah sudah penuh, jadi kita akan cari jalan penyelesaiannya bagi menunaikan janji yang telah dibuat sebelum pilihan raya umum ke-13 yang lalu,” katanya. – BERNAMA
Read more ►

Rabu, 18 Desember 2013

Influenza A Seorang Kakitangan PDRM Kedah Maut KPN Turut Diarah Jalani Rawatan

0 komentar

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah disahkan maut manakala beberapa yang lain masih dikuarantin dipercayai dijangkiti influenza A.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kakitangan awam berkenaan dipercayai dijangkiti ketika mengikuti majlis Perjumpaan Kakitangan Awam PDRM Dengan KPN di Melaka pada 5 Disember lalu.

” Ketika perjumpaan itu, ada kira-kira 300 kakitangan awam PDRM dari seluruh negara.

” Semua yang menghadiri majlis berkenaan diarahkan menjalani rawatan lanjut termasuk saya.

” Manakala mereka yang disyaki dijangkiti dikuarantin untuk rawatan lanjut di hospital di Melaka dan Alor Setar,” katanya.

Harian Metro difahamkan kakitangan awam PDRM itu maut kira-kira jam 11.10 pagi tadi.
Read more ►
 

Copyright © Aza Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger