Minggu, 09 Februari 2014

Kedah Bakal Gazet Fatwa Anti Syiah

0 komentar
Kedah Bakal Gazet Fatwa Anti-Syiah

ALOR SETAR –  Kerajaan negeri Kedah akan turut menggazet fatwa anti Syiah bagi membanteras fahaman itu yang didapati semakin menular di kalangan masyarakat, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Beliau berkata fatwa itu telah pun digazet di peringkat kebangsaan.
“Namun saya akan berbincang dengan Mufti terlebih dahulu sebelum melaksanakan fatwa ini di Kedah.
“Walaupun penularan fahaman Syiah di Kedah masih dalam keadaan terkawal, ia tidak bererti Kedah bebas daripada fahaman tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini Khamis.
“Kita terima aduan daripada ahli-ahli agama yang menyuarakan kebimbangan tentang penularan fahaman Syiah. Oleh itu kita akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk menggazetkan fatwanya di Kedah secepat mungkin,” tambah Mukhriz.
Beliau berkata akibat fahaman itu, turut timbul kesukaran untuk menguruskan hal berkaitan jenazah misalnya.
Sementara itu beliau berkata soal pemberian cuti umum di Kedah bagi sambutan Thaipusam masih dalam perbincangan.
“Kita masih mencari kaedah yang terbaik bagi mendapatkan cuti Thaipusam kepada kaum India dengan melihat kuota cuti am dan produktiviti pekerja.
“Setakat ini kuota cuti am di Kedah sudah penuh, jadi kita akan cari jalan penyelesaiannya bagi menunaikan janji yang telah dibuat sebelum pilihan raya umum ke-13 yang lalu,” katanya. – BERNAMA
Read more ►

Sabtu, 21 Desember 2013

Malaysia Bakal Miliki Pusat Autisme Kanak kanak

0 komentar


SAN FRANCISCO – Malaysia bakal memiliki sebuah pusat autisme yang dibangunkan di Sentul, Kuala Lumpur, kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata pusat yang dinamakan Permata Kurnia bernilai RM30 juta itu dijangka siap pada 2015.

Pada 1985, nisbah kanak-kanak autisme di Malaysia ialah seorang bagi setiap 10,000 namun angka itu kian membimbangkan. Pada masa sama ada negara seperti Korea Selatan mencatatkan satu bagi setiap 30 orang, katanya kepada pemberita Malaysia selepas melawat Anova Center for Education, di San Rafael di sini.

Ketibaan beliau disambut oleh pengasas pusat itu Andrew Bailey. Hadir sama ialah Ahli Kongres Jared Huffman.

Dalam lawatan itu Rosmah turut berkongsi pandangan mengenai pendidikan khas untuk pelajar autisme.

Anova Center for Education dibuka pada 2008 dan kini mempunyai tiga sekolah dengan keseluruhan 170 pelajar autisme. Pusat itu menjalankan rawatan secara holistik, merangkumi terapi pertuturan dan pergerakan. – BERNAMA
Read more ►
 

Copyright © Aza Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger