ANKARA – Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan semalam menuduh Israel ialah dalang di sebalik rampasan kuasa tentera menyingkirkan bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi bulan lepas.
“Apa yang mereka katakan tentang Mesir, demokrasi ialah bukan dengan cara pengundian, Siapa di belakang semua ini?? Dalangnya dalah Israel,” kata Erdogan dalam satu mesyuarat Parti Keadilan dan Pembangunan pimpinannya.
“Kita ada buktinya,” katanya.
Beliau turut mendedahkah Menteri Kehakiman Israel pada sebuah forum di Perancis pada tahun 2011 berkata parti pimpinan Morsi Ikhwan Muslimin tidak akan berjaya mempertahankan kuasa walaupun mereka memenangi pilihan raya di Mesir.
Bagaimanapun, dakwaan Perdana Menteri Turki itu ditolak oleh Mesir dengan alasan ia tidak berasas sama sekali.
Sementara itu di Israel, seorang wakil dari Pejabat Perdana Menteri Israel berkata komen dan dakwaan yang dibuat oleh Perdana Menteri Turki adalah mengarut.
Morsi dilantik sebagai presiden pertama Mesir dipilih melalui proses pilihan raya pada Jun 2012 tetapi digulingkan oleh rampasan kuasa tentera.
Perdana Menteri Mesir pula berkata dakwaan Erdogan tidak berasas dengan fakta dan juga tidak boleh diterima oleh seorang yang waras.
Beliau berkata komen Erdogan dibuat bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat Mesir dan memberi amaran kesabaran Kaherah sudah hampir sampai ke kemuncaknya dengan dakwaan itu. – AFP
0 komentar:
Posting Komentar