Rabu, 18 Desember 2013

Influenza A Seorang Kakitangan PDRM Kedah Maut KPN Turut Diarah Jalani Rawatan

0 komentar

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah disahkan maut manakala beberapa yang lain masih dikuarantin dipercayai dijangkiti influenza A.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kakitangan awam berkenaan dipercayai dijangkiti ketika mengikuti majlis Perjumpaan Kakitangan Awam PDRM Dengan KPN di Melaka pada 5 Disember lalu.

” Ketika perjumpaan itu, ada kira-kira 300 kakitangan awam PDRM dari seluruh negara.

” Semua yang menghadiri majlis berkenaan diarahkan menjalani rawatan lanjut termasuk saya.

” Manakala mereka yang disyaki dijangkiti dikuarantin untuk rawatan lanjut di hospital di Melaka dan Alor Setar,” katanya.

Harian Metro difahamkan kakitangan awam PDRM itu maut kira-kira jam 11.10 pagi tadi.
Read more ►

Senin, 16 Desember 2013

United Singkir Liverpool Arsenal Turut Mara

0 komentar

MANCHESTER United meneruskan kemaraan ke pusingan keempat Piala Liga selepas menewaskan Liverpool 1-0 tatkala Arsenal menang sepakan penalti 4-3 ke atas West Brom pada aksi pusingan ketiga, awal pagi tadi.

Di Old Trafford, jaringan tunggal Javier Hernandez seawal minit pertama sejurus separuh masa kedua bersambung sudah cukup untuk United menyingkirkan Liverpool yang kembali dapat menurunkan Luis Suarez selepas penyerang Uruguay itu tamat penggantungan.

Di Hawthorns, perlawanan terpaksa ditentukan hingga ke penentuan sepakan penalti selepas jaringan pendahuluan Arsenal menerusi Thomas Eisfeld minit ke-61 berjaya disamakan tuan rumah West Brom menerusi Saido Berahino, 10 minit kemudian untuk kedudukan 1-1.

Ketika penentuan sepakan penalti, West Brom seketika memiliki kelebihan selepas Luke Daniels menyelamatkan sepakan Serge Gnabry, namun dua pemain mereka, Craig Dawson dan Morgan Amalditano pula gagal, sekali gus membenarkan Nacho Monreal mengesahkan kemenangan Arsenal.

Tiga lagi baki perlawanan, awal pagi tadi menyaksikan Birmingham menewaskan Swansea 3-1, Newcastle menewaskan Leeds 2-0 manakala Tranmere tewas 0-2 kepada Stoke.

Sementara itu, undian pusingan keempat Piala Liga menyaksikan Arsenal bakal bertemu Chelsea manakala United bertemu Norwich dan Manchester City pula bertemu Newcastle.

Berikut jadual penuh saingan pusingan keempat itu yang bakal berlangsung 28 Oktober ini.

Sunderland lwn Southampton
Leicester lwn Fulham
Birmingham lwn Stoke
Man United lwn Norwich
Newcastle lwn Man City
Burnley lwn West Ham
Arsenal lwn Chelsea
Tottenham lwn Hull
Read more ►
 

Copyright © Aza Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger