Rabu, 25 Desember 2013

Tuan Guru Nik Aziz Masih diperlukan dalam memimpin perjuangan Tn Guru Hj Salleh Musa

0 komentar
Mengulas tentang kenyataan Hassan Ali yang meminta Tn Guru Nik Aziz turun dari jawatan Mursidul Am didalam Mingguan Malaysia 14.10.2012 semalam dan Utusan hari ini 15.10.2012 adalah tidak wajar . Pagi ini setelah selesai sesi kuliah di pondok Tn Guru Hj Salleh Musa turut merasa kecewa dengan Hassan Ali dan Nasaruddin Mad Isa kerana kenyataan mereka berdua bercanggah dengan keputusan syura Ulama .
Tn Guru Hj Salleh menyeru kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS agar kita kuatkan kerja memenagkan perjuangan ISLAM . Beliau berkata lagi pilihan raya makain hampir jangan dilayan sebarang komen yang tidak menguntungkan . Kita munajat lebih banyak biarkan mereka komen kita tetap utuh . Tn Guru Hj Salleh Musa yakin ahli dan pimpinan PAS terus Istiqamah dengan perjuangan Islam .
Tuan Guru Nik Aziz merupakan pemimpin yang sukar dicari ganti dengan ketokohan beliau , amanah beliau memimpin kerajaan , ini membuatkan musuh gerun dan musuh sentiasa mencari jalan menyerang belau . Insyallah ALLAH sentiasa pelihara beliau .

Walaupun ada beberapa perkara Tn Guru Hj Salleh tidak bersependapat dengan beliau tetapi lihatlah akhlak ulama , Tn Guru Hj Salleh tetap menyokong teguh kepimpinan Tn Guru Nik Aziz . 

Tn Guru Hj Salleh akan menghubungi Tn Guru Nik Aziz dan beberapa kepimpinan tertinggi bagi menyatakan hasrat beliau dalam isu ini.

Pada 25.10.2012 Pondok Tuan Guru Hj Salleh Musa akan mengadakan Munajat Semperna Wukuf Arafah , munajat ini akan dikhuskan bagi kemenangan Islam di Malaysia khasnya . Orang ramai dijemput hadir dan digalakkan berpuasa sunat Arafah . Majlis bermula jam 6.30 petang hingga 10.30 malam . Digalakkan berpakaian putih .  
Read more ►

Jumat, 20 Desember 2013

Musa Tidak mustahil 13 Mei berulang jika politik samseng gagal dikawal

0 komentar
Wartawan Sinar Harian
7 Disember 2012
Musa: Tidak mustahil 13 Mei berulang jika politik samseng gagal dikawal
Musa (dua, kiri) memberi pandangan sehingga moderator dan ahli panel lain tersenyum.
SHAH ALAM - Situasi politik pada masa ini mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng kerana disebabkan wujudnya politik kebencian yang dipupuk sesetengah ahli politik.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, jika pemimpin tidak mampu mengawal tindak-tanduk penyokong masing-masing, tidak mustahil peristiwa 13 Mei akan berulang.

“Ini kerana hate politics atau politik kebencian telah mewujudkan generasi bertindak ala samseng. Saya rasa orang politik kita perlu menentukan penyokong mereka dikawal kerana kadangkala apabila mereka tidak mengawal penyokong mereka, ini yang berlaku,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian yang membincangkan tajuk Politik Samseng: Di Mana Maruah Kita yang diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini.

Selain Musa, wacana turut mengundang Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan; Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh dan Jawatankuasa Pas Pusat, Muhamed Hanipa Maidin.

Wacana itu dikendalikan oleh Profesor Datuk Mohamed Abu Bakar dari Universiti Malaya.
Musa berkata, kerajaan yang membiarkan keganasan politik berleluasa juga tidak akan bertahan lama kerana mereka juga akan berisiko digulingkan melalui cara sama.

“Kalau kerajaan menggalakkan keganasan politik, saya merasakan kerajaan itu tak lama akan menjadi kerajaan kerana ia juga akan dijatuhkan melalui keganasan.

"Jika pemimpin tidak mengawal ahli, inilah yang berlaku seperti di negara Arab, banyak keganasan berlaku. Pemimpin jangan sesekali menggalakkan keganasan politik serta pergaduhan,” katanya.

Beliau berkata, dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, politik keganasan dan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan tidak sepatutnya berlaku.

"Budaya seperti reformasi tidak sesuai dilakukan, sekiranya mahu menjatuhkan kerajaan. Jika mahu laksana demokrasi, perlulah mengikut saluran yang betul. Pihak polis bertanggungjawab mencegah. Jangan anggap polis musuh tapi sebagai kawan.

“Kalau dulu, hanya empat orang detektif boleh mengawal satu ceramah dan tak adalah sampai pening kepala macam sekarang ini,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian, katanya, senario politik hari ini jauh berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini khususnya pada hari mengundi.

“Ahli politik perlu bersikap gentleman. Kita tengok dahulu pilihan raya macam pesta, semua keluar bersama-sama. Pembangkang dan parti kerajaan sama-sama berjalan, tak ada masalah. Sekarang tak boleh,” katanya.

Beliau seterusnya menggesa agar proses membina negara dijadikan keutamaan oleh penyokong dan ahli politik, selain daripada berkempen untuk parti masing-masing.

“Selepas habis pilihan raya, kita patut duduk sama-sama tanpa mengira parti, bina negara ini sama-sama,” katanya.

Menurutnya, pembangkang perlu ada dalam sebuah negara demokrasi demi melihat kesejahteraan terus terjamin, namun pembangkang perlu berkualiti dan mengetahui peranan mereka.

“Saya lihat, politik negara ini tidak pernah habis dengan menyalahkan pihak lain tanpa memikirkan pembangunan negara. Adalah lebih baik duduk semeja dan bincang pembangunan negara," katanya.
Read more ►
 

Copyright © Aza Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger