Rabu, 01 Januari 2014

Lelaki Berusia 52 Tahun Cuba Buka Pintu Pesawat Kerana Sangka Ia Adalah Pintu Tandas

0 komentar

Sabtu, 29 September 2012

HONG KONG: Penerbangan Hong Kong Airlines dari Bali ke sini terselamat daripada malapetaka apabila seorang penumpang gagal membuka pintu kecemasan pesawat setelah menyangka ia adalah pintu tandas.


Para anak kapal Hong Kong Airlines yang menyaksikan kejadian itu terkejut apabila mereka melihat seorang lelaki China berusia 52 tahun bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke arah pintu kecemasan pesawat dan kemudian cuba untuk membuka pintu berkenaan.
Nasib baik dia gagal membuka pintu berkenaan dan kakitangan kabin dengan pantas menghalangnya secara fizikal daripada meneruskan niatnya itu.
"Apabila dia disoal oleh polis, selepas mendarat, lelaki itu berkata dia berbuat demikian kerana menyangka ia adalah pintu tandas memandangkan inilah pertama kali dalam hidupnya menaiki pesawat," kata salah seorang kakitangan pesawat itu.

sumber

Read more ►

Sabtu, 21 Desember 2013

Foto Tak Senonoh Luna Maya tersebar Longlai bersama dua Lelaki

0 komentar

Beberapa hari ini hangat diperkatakan di laman web Indonesia tentang sekeping gambar yang dikatakan Luna Maya terbaring mabuk dan terdapat dua lelaki dalam gambar itu sedang tersenyum ke arah kamera seolah-olah gambar itu memang sengaja untuk diabadikan. Namun selepas dihubungi salah satu laman gosip di negara itu, Luna menafikan wanita dalam gambar itu dirinya 
“Iya, gue udah liat fotonya. Tapi itu bukan gue. Gue nggak punya baju begitu,” ujar Luna.




Luna enggan mengambil sebarang tindakan ke atas gambar itu, cukup hanya dengan menafikan bahawa itu bukan dia. Malah orang-orang dalam gambar yang mula tersebar melalui akaun Twitter Tyas Mirasih (yang juga merupakan seorang selebriti di Indonesia) itu juga seorang pun tidak Luna kenali. Luna juga menegaskan bahawa susuk badan wanita dalam gambar kontroversi itu juga jauh berbeza dengan dirinya 
“Itu cewek jari jarinya kelihatan lentik, sedangkan jari jari gue kan bantet. So, urusan kaya gini nggak bikin gue pusing, dan nggak perlu dibesar besarkan,” sambungnya.
Read more ►
 

Copyright © Aza Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger