Selasa, 02 September 2014

Pengertian Motif Ekonomi

0 komentar
Pengertian Motif Ekonomi – Motif Ekonomi adalah/ Motif Ekonomi yaitu/ Motif Ekonomi merupakan/ yang dimaksud Motif Ekonomi/ Arti Motif Ekonomi/ Definisi Motif Ekonomi.
Motif Ekonomi adalah

Motif Ekonomi adalah setiap orang dapat melakukan tindakan atau kegiatan ekonomi karena alasan tertentu. Ada dorongan yang kuat dari dalam diri orang untuk melakukan tindakan atau kegiatan ekonomi. Alasan atau kegiatan yang mendorong orang melakukan kegiatan ekonomi disebut motif ekonomi. Motif manusia melakukan tindakan ekonomi bermacam-macam dan berbeda antara yang satu dan yang lainnya. Secara umum, ada dua motif yang mendasari seseorang melakukan tindakan ekonomi, yaitu motif berdasarkan alasan dan motif berdasarkan aspeknya.
a. Berdasarkan Alasannya.
Berdasarkan alasannya, motif ekonomi terdiri atas motif intrinsik dan motif ekstrinsik.
b. Berdasarkan Aspeknya.
BErdasarkan aspeknya, motif yang mendorong manusia untuk melakukan tindakan ekonomi dapat dikelompokkan menjadi berikut:
1. Motif untuk memenuhi kebutuhan.
2. Motif untuk meperoleh keuntungan.
3. Motif untuk memperoleh kekuasaan.
4. Motif kekuasaan ekonomi.
5. Motif untuk kepentingan sosial.
6. Motif untuk memperoleh penghargaan.
Motif manusia melakukan suatu tindakan dapat dibedakan menjadi motif ekonomi dan motif nonekonomi. Perbedaan motif ekonomi dan nonekonomi, yaitu motif ekonomi merupakan motif yang mendorong manusia untuk melakukan tindakan ekonomi, misalnya tindakan kegiatan produksi, distribusi, dan konsumsi. Sedangkan motif nonekonomi merupakan motif yang mendorong manusia untuk melakukan tindakan diluar kegiatan pokok ekonomi atau tindakan yang bukan karena alasan ekonomi. Misalnya karena alasan kewajiban, adat istiadat, atau perbuatan yang tiba-tiba dan tidak sengaja.
Itulah penjelasan tentang Pengertian Motif Ekonomi, mudah-mudahan dapat bermanfaat.
Read more ►

Kamis, 27 Februari 2014

Ramal BN kalah Ketua Ekonomi Bank Islam digantung

0 komentar

Harakahdaily, 14 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Kerana meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum nanti, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, didakwa telah digantung kerja.

Ekoran itu, pelbagai pihak menyifatkan tindakan itu sebagai zalim, "kerana betindak ke atas mereka yang berkata benar."

Namun begitu, banyak pihak yakin, jiwa anak muda tidak goyah dengannya.

"Pasti ada ganjaran untuk si pemberani dan bercakap benar," komen seorang penyokong Pakatan menerusi Twitter.


Maklumat Azrul digantung diberitahu oleh peguam Nadiah Fadwa melalui twitternya. Adun Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Kemunikasi PKR mengesahkan perkara itu melalui Suara Keadilan.

Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah dalam PRU 13 nanti.

Beliau berkata, BN akan kalah tipis dalam pilihan raya yang dijangka sengit itu.

Azrul berkata, tinjauan kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun, dengan keputusan tinjauan maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.

Bank Islam Malaysia dalam kenyataannya 11 Januari lepas, menjarakkan diri dari ramalan ketua penganalisis ekonominya  itu, dengan mengatakan  “kami tidak terlibat dengan forum tersebut”.

Dalam satu kenyataannya, pengarah urusan BIMB Datuk Seri Zukri Samat memberi komen tentang laporan The Straits Times Singapura itu berkata;

“Kami kesal dengan laporan yang mengaitkan Bank Islam dengan pandangannya dan ramalannya, dan kami mahu laporan yang silap tersebut dibetulkan.

“Untuk pengetahuan anda, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dalam forum tersebut,” kata Zukri dalam sebuah kenyataan dihantar ke The Straits Times.

Namun hari ini, Azrul Azwar digantung dari tugasnya sebagai Ketua Ekonomi BIMB.


PRU perlu dipercepatkan

Hujung Julai 2012, Azrul  dilaporkan berkata, ekonomi dan pasaran akan memberi reaksi lebih baik seandainya pilihan raya diadakan dalam tempoh terdekat (pertengahan tahun 2012) berbanding ditangguhkan kepada tahun depan (2013).

Katanya, pandangan itu berdasarkan persekitaran dan ketidaktentuan ekonomi luaran dan dalaman.

Menurut beliau, pelbagai spekulasi mengenai tarikh pilihan raya telah menyebabkan ekonomi dan pasaran tidak boleh bergerak pada landasan yang betul.

Jelasnya, masalah itu dihadapi oleh syarikat-syarikat korporat kerana sukar untuk membuat keputusan dalam operasi dan hala tuju mereka.

"Meskipun ekonomi negara sekarang dalam keadaan baik tetapi keputusan tidak boleh dilakukan kerana sukar untuk menjangkakan apa yang akan berlaku dalam tempoh jangka pendek dan sederhana.

"Malah, ia juga menjejaskan aliran masuk pelaburan asing kerana mereka juga mahu satu kepastian dalam pelaburan yang dibuat.

"Justeru, kebanyakan korporat memang menyambut baik seandainya pilihan raya diadakan lebih cepat," ujarnya sebagaimana dilaporkan Utusan.
Read more ►
 

Copyright © Aza Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger